Kadar Pelepasan Karbon

Penggunaan Tenaga dan Kadar Pelepasan Karbon (Carbon Footprint)




Penggunaan sumber tenaga adalah satu keperluan bagi manusia untuk meneruskan dan manjalankan aktiviti harian mereka dengan sempurna. Ketidakcekapan atau pembaziran dalam penggunaan tenaga telah memberi impak yang negatif kepada alam sekitar yang sangat ketara.

Di Malaysia, lebih daripada 50% pengguna domestik menggunakan kurang daripada 200 kiloWattjam (kWj) elektrik sebulan. Angka ini telah semakin berkurangan kerana lebih banyak produk elektrik dan elektronik boleh dimiliki dengan harga yang lebih murah.

Pengeluaran produk secara besar-besaran telah menyumbang kepada harga yang lebih rendah bagi barangan elektrik dan elektronik. Walau bagaimanapun,peningkatan penggunaan elektrik akan meningkatkan kos hidup dan kesan kepada alam sekitar.

Kadar pelepasan karbon tertinggi bagi peralatan elektrik dan elektronik adalah semasa penggunaannya. Hal ini disebabkan oleh jumlah tenaga elektrik atau tenaga yang digunakan oleh peralatan tersebut.

Kejayaan dalam pengurangan kadar pelepasan karbon atau carbon footprint bergantung sepenuhnya kepada pengurangan penggunaan tenaga elektrik tanpa menjejaskan keselamatan dan keselesaan gaya hidup pengguna.

Comments

  1. How to login into the casino in 2021
    Here is how to do this: Step 1. Go ventureberg.com/ to the website. · Click on the “Login” link on https://vannienailor4166blog.blogspot.com/ the right-hand side. · https://octcasino.com/ Click on หารายได้เสริม the “Login” button to enter a 출장마사지 live chat number. · Enter the

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Kecekapan Tenaga ?

Pengiraan kos penggunaan tenaga secara ringkas

Apakah perbezaan antara kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga?

Eko-Label