Apa itu Kecekapan Tenaga ?

Ramai yang akan keliru apabila munculnya perkataan KECEKAPAN.

Baiklah, kecekapan tenaga bermaksud penggunaan tenaga yang kurang untuk menjalankan kerja-kerja yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau output sebenar yang diingini ataupun bahasa yang lebih mudah difahami penggunaan tenaga yang minima untuk menyelesaikan kerja-kerja harian.




  • Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.  Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam  menjimatkan tenaga.  Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi. 
  • Sebagai contoh,produk-produk yang dilabel penilailan kecekapan tenaga 5 bintang adalah 25% lebih cekap dalam penggunaan tenaga berbanding dengan produk-produk yang tidak cekap tenaga.
  • Ini bermaksud suatu produk cekap tenaga menggunakan tenaga elektrik 25% kurang daripada produk biasa dan mengurangkan 25% pelepasan karbon semasa tempoh penggunaannya.
  • Label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti penyaman udara,peti sejuk dan televisyen. Dengan adanya label ini,pengguna dapat:
  1. membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada peralatan elektrik tersebut.
  2. membantu pengguna membuat perbandingan antara satu barang dan barang yang lain.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengiraan kos penggunaan tenaga secara ringkas

Kadar Pelepasan Karbon

Apakah perbezaan antara kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga?

Eko-Label