Eko-Label

  1. Eko-label adalah suatu sistem pelabelan untuk barangan pengguna (termasuk makanan) yang dihasilkan bagi mengelakkan kesan  berbahaya terhadap alam sekitar. Sistem pelabelan Eko meliputi kedua-dua makanan dan barangan pengguna. 
  2. Eko-label memudahkan pengguna untuk memilih barangan mesra alam "green products". Ini  merupakan suatu skim sukarela yang diwujudkan untuk menggalakkan sektor  perniagaan supaya menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang mesra alam.
  3.  Label ini juga dapat membantu para pengguna untuk mengenal pasti barangan yang mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan ekolabel dapat digunakan untuk barangan yang tidak mengandungi kluorofluorokarbon (CFC). CFC adalah gas yang merosakkan lapisan ozon.
  4.  Ekolabel juga terdapat pada barangan yang boleh dikitar semula dan juga barangan yang mempunyai pengguna tenaga yang efisien serta menjimatkan tenaga.
  5.  Di Malaysia, kita memerlukan penggunaan minyak yang banyak untuk menghasilkan tenaga untuk kenderaan. Barangan pengguna di rumah yang paling banyak menggunakan tenaga adalah peti sejuk.
  6.  Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah membangunkan skim pelabelan kecekapan tenaga elektrik. Kecekapan penggunaan  tenaga bagi peti sejuk contohnya disahkan dengan menggunakan kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Penilaian Tenaga bertaraf 5 bintang menunjukkan penjimatan tenaga yang paling tinggi.


Untuk maklumat yang lebih lanjut,sila layari lama web di bawah.
http://www.sirim-qas.com.my/our-services/product-certification/eco-labelling-scheme

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Kecekapan Tenaga ?

Pengiraan kos penggunaan tenaga secara ringkas

Kadar Pelepasan Karbon

Apakah perbezaan antara kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga?